|
|
 |
 |
|
Oct 13, 2006
ada seorang teman pernah cakap dengan aku yang aku ni minah brutal tapi manja. pelik! kalau brutal mungkin betul. tapi kalau manja... hmmm... manjakah aku?
mungkin betul juga... bukan seorang dua, tapi beberapa orang teman pun cakap macam tu juga.
kata teman aku ni lagi, aku ni kalau berada dalam kelompok yg ramai akan jadi seorang yang hyper. aku akan jadi brutal dari segi gaya dan percakapan. tapi bila aku dengan orang yang rapat dengan aku (orang yang aku sayang lah.. hehehehe..) aku akan bertukar jadi macam anak kucing... manja... hilang brutal!
aku masih rasa pelik!
tang mana pula yang aku manja? gaya percakapan aku? atau pada bahasa tubuh aku?
tak apalah... mungkin betul aku ni manja... MANJA DALAM BRUTAL! ahaksss....
chao!
Posted at 09:25 am by lineker1976
Permalink
Jun 23, 2006
Tudung Terbakar Laksss....
assalammualaikum... dah lama sungguh aku bercuti2 msia dr menulis kt mana2 blog aku. bz sokmo lh skg nih... hehe... meeting sokmo. dh nk naik muntah aku dibuatnya! dh tu klu meeting skjp xpalah gak... paling2 koman pun 2 jam! aiggooo....
ngantuk gila pagi nih. mlm td aku tido kul 3.30 pg. dok wat sample cookies utk raya n siapkan order org. smbl2 tu, aku gosok lah tudung. si SJ tgh sibuk menerap japanese crisp. dok gosok2 tudung tu, aku tak sedar yg iron tu dh overheat!! sekali berlubang da tudung aku!!! omo omo....
last2 aku pki tudung SJ p keje. punyerlah kecik tudung dia nih... sesuailah ngn orgnya!! smpi kt office je, aku terus pnjm tudung emma... tudung turki cam wardina tuh! so, dh jadik macam hantu bungkus lah plaks!!! hahaahaha....
sib baik emma ada... hehehe... tp nmpk comey lah plaks... ahakss.....
ok, back to work!
Posted at 10:10 am by lineker1976
Permalink
Jun 5, 2006
assalammualaikum.. artikel HATI ni aku dapat dari seorg teman di sarawak. tertarik gk ngn artikel ni. lgpun rasanya dh terlalu lama aku xupdate blog ni. asik ngn blog novel tu je kan hehehe...
sama2lah kita hayati maksud yg tersurat n tersirat pada artikel ni, ya....
Hati...
Nah, ambil la benda ni. Apa ni? Ini adalah hati. Hati aku. Hati kau? Hmm..kenapa kau sudi kasi kat aku? Sebab kau dah jadik sebahagian dari aku. Kau lebih dari seorang kawan. Terima kasih.....Ianya bererti. Aku terlalu menghargainya. Oh ye ke...tapi maaf. Untuk apa? Sebab, hati tu aku tak beri sepenuhnya. Cuma sebahagian saja...
Maksud kau? Aku pernah beri hati aku kat orang lain juga. Dan aku tak pernah beri kesemuanya. Aku takut aku tiada hati untuk diri aku sendiri.
Mungkin
aku takut, hati itu tidak akan dijaga dengan sebaik-baiknya. Ianya
bukan seperti barangan lain seperti duit, permata dan sebagainya. Hati
ini penuh mistik, ada keajaiban yang tersendiri.
Mistik? Kelakar bunyinya... Mungkin
kelakar. Tapi itu realitinya. Ia juga berubah mengikut rentak hidup
engkau. REntak perasaan orang yang aku beri. Jika dia betul-betul
ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar. Tapi, jika dia
mempersia-siakannya, hati ini akan malap. Mungkin akan terus mati
untuknya.
Ianya
bukan satu benda yang percuma. Hati ini diberi hanya kepada insan yang
terpilih sahaja. Insan yang istimewa. Dan kau adalah salah seorang
daripada mereka, kerana naluri aku terlalu percayakan kau.
Aku insan terpilih? Ya, kau yang terpilih. Hati
ini sering bertukar-tukar mengikut perasaan orang yang diberikan. Ianya
terlalu sensitif. Tapi ianya cukup kebal dan kental pada musuh aku. "Musuh",
mungkin terlalu kejam untuk aku memperkatakan perihal mereka ini. Ianya
tak berubah-rubah seperti yang terjadi jika hati ini diberi pada orang
yang istimewa.
Hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja. Ada
orang yang tidak pernah memulangkannya, walaupun aku hanya pinjamkan
sekejap. Ada yang pulangkan dengan penuh kelukaan. Ada yang sudi
berikan sebahagian hatinya pula sebagai ganti. Dan jika kau nak tahu,
setiap hati manusia ada nilai yang tersendiri. Setiapnya terlalu mistik!
Cuma satu
saja yang kau tak mengerti. Sekali hati itu terluka, kadangkala sukar
nak mengubatinya. Adakalanya mengambil masa yang lama untuk itu. Dan
bila tiba sesuatu yang tidak diingini, mungkin pemilik hati itu akan
menyendiri buat seketika...sehingga hatinya pulih seperti sediakala.
Hati
yang diberi ini bukan untuk suka-suka. Ianya lahir atas satu
kepercayaan. Dari situ, wujudlah kasih sayang. Jika hilang rasa percaya
itu, maka sukarlah untuk hati itu indah kembali.
Posted at 10:23 am by lineker1976
Permalink
May 2, 2006
Hari ni aku ambik cuti utk ke KICOGSB. ada induction session kt sana utk seme selected person yg bakal join KIC. sesi tu start kul 9 pagi. ada few 'old' members yg aku jumpa balik. farah, azean n zu. lg 2 org bdk yg dh interview awl dr kami n 8 org lg guys yg ganteng2 belaka utk terminal division! hehehehe...
sesi bmula dgn sesi takruf (mcm biasa rr) n explanation dr puan adrina n kak sherrie psl mgt n payroll. pastu, encik ghazali lks citer pasal risk mgt esp utk bdk2 terminal (K1 & KOT). note: K1=Kadria1 n KOT=KIC Old Terminal.
hbs sesi en ghazali, kami break. amik kesempatan utk borak2. yg jantans lepak kt kusi n biarkn kami yg gals bdiri! hampeh btl!! xleh wat pakwe lsung!
pas2 kami masuk blik utk sesi en anuar. yg ni mmg fully explanation on terminal/fleet division. tp besh gk sbb byk benda baru dpt tau pasal fuel oil, palm oil, fleet, STS, Bunkering etc... pendek kata, kt cni aku akn jumpa terms baru lh! sama gk cam waktu aku kt ICR. jumpa terms yg sesuai utk transport n driver's special code.
habis sesi tu, kami p snap gmbr utk staff pass. p lah sat bersolek kt washroom. yg tukang amik gmbr is kak noris. frankly, depa kt this co are really nice n friendly. xda main pandang org baru semacam. kami leh gurau2 n berborak cam kawan lama. even new staff yg sama ngn aku pun really kind. at least xdak lah rasa cuak je msuk tpt baru, kan!
dh sudah siap seme, kami p mkn n naik balik ke tkt 10 utk amik pass n ic. farah n mas dh kena bawak ke dept depa. so tinggal aku n bbrp yg lain lh. kami p amik stationery dl n p kt tpt duduk kami utk kemas meja. well... xda menda nk kemas pun. aku dok lepak tulis stationery form n letak apa yg patut. ingat nk tlg kak ct kemas barang dia tp dia kata dia nk p mkn n mintak aku balik dl. nx wk baru tlg dia kms. yg lelain seme start keje ari ni. aku je special case yg start nx wk! hehehe... ni pun tgh hangat gk sbb pokcik tu xnk lepaskn aku b4 10th. hangin je aku dibuatnya!!
ruazhar n da gang dh kena p klia utk flight ke PTP ptg td. aku siap pesan kt azhar jgn risau coz nti kt atas ship dia akn enjoy. depa untung betul! even xleh turun darat 30hari, kt atas tu dpa ada gym, sauna, pool, lounge etc... perrrgghh.. azhar dh sengih je bl nama naik utk ke K1. hafiz, jamal n 2 org lg kena ke KOT.
sblm balik, dpt tshirt, kot n cap co. mmg seme staff dpt. mmg besh betul! tp yg xbesh is kaler dia ORANGE! waaaaa.... meroyan aku nk pakai baju tuh! geng ngn ksue lah plaks... tulah, puas ngutuk ksue, skg aku lak merasa pki baju kaler oren! cheh!!
aku kuar dr opis kul 3.30ptg. jalan kaki lah ke putra station. leh thn jauh gk. aku rasa, klu everyday aku dok jln kaki p balik opis dr stesen tu, mau aku slim. ihik ihik ihik... 20minit tuh! peluh gk lah... ahakss...
lmbt sungguh nk tunggu nx wk utk aku msuk keje kt sana. kena laks under kak ct. camna ek keje kt tpt baru ni? yg lelain dh merasa keje ari ni. aku je kena nx wk.. xpa... sabar...
mintak2 keje yg ni kekal n aku enjoy ngn keje aku. mintak2 inilah keje yg last sblm aku kawen n bl dh kawen nti aku rasa cm kena transfer ke PTP (mmg kena punyer!!).
mlm ni nk tdo nyenyak2. xmo pk apa nk jd esok. mls nk pk sbnrnya! buat nyakit ati jek! ok, chao duluk! novel pun xsmbg lg nih!!
Posted at 08:45 pm by lineker1976
Permalink
Apr 22, 2006
aku mau pagi yang segar
yang mentarinya terbit dengan berani
biar bisa aku keringkan
hujan airmata sedih kelmarin
yang berjuraian jatuh di pipi
aku butuh sore yang panjang
yang tenang
biar bisa aku tidur lena
dari kekalutan yang membungkus
daerah perjalanan hidup ini
aku kepingin malam yang terang
yang bercahaya
biar aku bisa mengutip batu-batu mimpi
yang bertaburan di kaki langit
dalam suluhan pelita bulan
aku idamkan dinihari yang dingin
untuk aku mengerekot di ranjang
mengira kelopak bunga rindu
dan kususun di jambangan cinta
buat menghias kamar hidupku
sebetulnya,
yang aku perlukan
adalah kamu, SAYANG.....
nashya
Posted at 12:44 am by lineker1976
Permalink
Mar 24, 2006
Perihal Wang, Duit, Pitih, Money dll....
hari ni aku nk citer psl duit. ada org ckp wang, ada yg ckp pitih, ada yg sbt money... yg pasti, menatang tu seme SAMA. nilainya SAMA, seme org pun sukakannya!
lately ni, hidup aku porak peranda sbb duit.. semenya pasal duit. nk kutip hutang dr org cukup payah... bl kita nk mintak pinjam lak, berkira sungguh! dhlah hutang kita xberbayar, kita nk pinjam kt dia pung xdapat (padahal itu pun leh dianggap byr duit kita gk kan!)
bl msuk bab duit ni, aku lbh rela ks pinjam kt kengkawan aku @ pun pinjam dr depa. bkn aku nk jd cam "kera di hutan disusukn, anak kt umah kelaparan!" tp, aku serik sungguh!
yg plg sadis, hutang depa kt aku msh berbaki n depa leh wat muka xbersalah! bl aku pnjm duit depa, depa klu buleh nk mintak la tu gaks! tetiap ari call aku, msg aku, tanya aku bl nk bayaq duit depa! walhal, aku xkn lari ke mana pun...
patutlh org kata, disebabkn duit, org sanggup mbunuh! disbbkn duit org sanggup putus sedara! otoke?
serik nk minjam duit ngn sedara sindrik.... or... aku mmg xpatut pinjam duit ngn sesapa pun??? arrrrrggghhhhh!!!
Posted at 11:59 pm by lineker1976
Permalink
Mar 14, 2006
Give My Love - ost Save Your Last Dance For Me
annyonghi jumushipsiyo!!!!
well... kemaruk sungguh ngn korea nyer movie eks.. ahakss.. ni aku copy paste lirik lagu dr citer SYLDFM! aku mmg masyuk banget ngn hero citer nih! he is sooooo maeryeokjeokiyeyo!! hahaha.... saranghaeyo sungguh! skg ni citer ni tgh layan kt NTV7. dh puas aku leley n lalaq dh tgk citer ni... baru nk kuar kt tv ihik ihik ihik....
setiap X tgk citer ni dok bayangkn yg aku ni Eugene. tgh berlakon adegan romantik ngn Ji Sung (hero citer nih!) haiyayaya.... mabuk laut betul! okay... meh kiter blaja bhs korea!
When I look in your eyes I can see that you Want to be with me but you're so scared And I dont know what to say or do But the tears keep falling from your eyes And I know that Times wont change my love And I can't do nothing to keep you
Oh, I'll give my love. oh when I hold you tight Give my love through kisses oh so bright And you know that I can't change my love Take my love all through the night
As the hours pass away You think that love ain't here to stay Feel a beat from your chest But you don't give doubt a moment's rest You dream the future and all you see is dark Listen to your heart, baby, the truth will set sparks
Now I'll give my love oh when I hold you tight Give my love through kisses oh so bright And you know that I can't change my love Take my love all through the night
Now I'll give my love oh when I hold you tight Give my love through kisses oh so bright And you know that time won't change my love Take my love all through the night
I'll give my love oh when I hold you tight Give my love, through kisses oh so bright And you know that I can't change my love Take my love all through the night
ok, annyonghi kaesayo!!!
Posted at 10:12 pm by lineker1976
Permalink
Bunga – Exist
Tak usah ditanya mengapa ku pilih
Bunga yang mewangi terliar berseri
Yang tak akan nampak di mata pun
Berwarni dari lain lain
Segan untuk aku sapa
Walau ada maksud yang ku sembunyi
Pernah ku mencuba terima seadanya
Sayang ia selalu calarkan sudut hatiku
Hingga lelah jiwaku dikecewa
Yang tak mungkin berpaling kembali
Namun ku yakinkan nanti
Tuhan pasti beri gantinya
Ku mohon kau yang indah padamu
Untuk kutatap menawar resahku
Kekal aku di situ harungi cinta
Dan aku pohonkan yang baik
Bersantun kata kata tentang cinta
Bicarakan rindu padaku
Mengharum selamanya
Coretan 1
ITM Jengka – 1999
Black Out lg. entah utk kali yg ke berapa dlm bulan tu. Kami berada di bilik A4-40. berborak sakan. Dlm suasana gelap, selalunya level akn lebih bising! Msg2 dok kt luar bilik, smbl ditemani oleh lampu emergency di corridor (yg peñata cahayanyer terlalu lh suramnya!). dari jauh, sayup kedengaran suara Su-La menyanyikn lagu Bunga – Exist. Suara dia yg lunak lemak berkrim mmg sedap didengar! Apatah lg dlm gelap! Aku suka bl dia nyanyi lagu CT Nurhaliza. Ada kelas!!
Coretan 2
Hujung semester – Party Level
Msg2 dh siap dgn baju ala2 mak datin gitu! Siap make up segala.. ada pertandingan baju tercantik lagik! Time nilah, kami2 yg sentiasa bertudung litup nk memperagakan body yg solid molid. Yg mana xpernah berdandan tu (aku ngn geng aku lah! Ahakss..) mlm tu lah masa utk bersolek sakan. Xda lelaki nk tgk aurat pun hehe…. Sejak ari per1 aku menetap kt level tu (dr 1st day aku kt ITM Jengka), aku rasa party level mlm ni yg plg byk kenangan xleh lupa… kami mulakn dgn acara panggil seme ahli level dan nyanyi lagu Bunga – Exist! Aduh… detik yg paling besh! Smpi rasa nk nangis sbb ada antara ahli level yg dh final year time tu… mlm terindah di bumi jengka! Mlm yg merapatkan ahli level kami. Aku jd rindu kat bebudak level aku! Weeii… camna korang skang ekkk?
Coretan 3
Selasa – 14 March 2006
Berapa thn berlalu slps meninggalkn bumi jengka? Tinggal semua kenangan manis di sana. Sahabat-sahabiyyah bertaburan di merata tpt. Ada yg msh berhubung, ada yg sudah hilang di telan kesibukan melayan kerja dan rumahtangga. Aku? Msh di sini… menjadi pencoret bg setiap jurnal perjalanan kehidupanku. Kesibukan dgn kerja, kesibukan melayan perasaan, kesibukan melayan anak2 di rumah… kesibukan dgn laptop comey ku ini… kesibukan…. Ah! Bila kesibukan ini akan berlalu dr terus mengekori setiap langkah yg ku ambil?
Masih lagi melayan lagu Bunga – Exist! Hahahaha… bukankah sudah ku katakan, lagu ini terlalu istimewa ciptaannya. Lagu yg mekar sepjg masa… hidup subur dalam hatiku! Sesekali, manik2 jernih meluncur laju menuruni pipi gebuku… setiap rentetan rakaman kenangan berputar… berputar dan berputar… memainkan satu demi satu babak2 jejak silam yg sudah lama aku tinggalkan…
Bunga, kembang mekarlah engkau
Sebagaimana mekarnya kenangan
Yang telah aku kutip dalam perjalanan hidupku!
Titipkan embun rindu
Dalam setiap helaan getar nafasku
Bunga, aku kepingin sekali
Memutarkan masa dan kembali ke waktu itu
Mencoretkan lagi bait-bait irama kenangan
Dan akan aku peluk erat
Setiap seorang dari teman2ku…
Aku rindu kalian…
Sungguh2 rindu…
Bunga, kembalikan aku semua memori itu
Sirami kembali jalinan ukhuwah itu
Lontarkan serimu, bunga
Buat aku terus menghirup wangi baumu…
Wassalam
Nashya – Bekas Ketua Kolej Aishah 1999 – 2000…. Masihkah ada sisa rindu untukku di daerah hatimu?
~pRoUd To Be MySeLf~
none_east@yahoo.com
Posted at 01:46 am by lineker1976
Permalink
Mar 6, 2006
Korean Lesson 2 - Weekdays & Months
Assalammualaikum...
dah berapa kurun aku xsmbg korean lesson kt cni ek? hehehe... ok, hari ni smbg balik... kite blaja weekdays n months laks ya!
WEEKDAYS
Monday ilyo-il
Tuesday wolyo-il
Wednesday hwayo-il
Thursday suyo-il
Friday mogyo-il
Saturday kumyo-il
Sunday t'oyo-il
MONTHS
January ilwol
February eewol
March samwol
April sawol
May ohwol
June yuwol
July ch-ilwol
August p'alwol
September guwol
October shiwol
November shibilwol
December shibeewol
hmmm... klu stkt tulis je aku yakin lg tp jgn suruh aku sebut. nth hapa yg aku sbt nti! ok, chao duluk! time to continue my novel. dh lama xgantung weeehhh.... smpi dh kena sound ngn jaafar taib!! muahhahahahaahahaa hampeh!!
Posted at 10:10 pm by lineker1976
Permalink
Feb 25, 2006
Maafkan aku…
Lewat kiriman kata pemutus itu
Sungguh aku tidak mampu
Membiarkan engkau terus menunggu
Maafkan aku…
Andai engkau merasakan aku menipumu
Sungguh aku tidak mahu
Terus bersikap diam membisu
Engkau…
Satu nama yang pernah bertakhta di hati
Dan aku pernah bersumpah
Namamu itu akan terus abadi
Namun dinginmu melukakan hatiku
Sehingga kuntuman cintaku sudah mati
Engkau…
Cinta pertama yang aku kecapi
Tetapi bukan cinta terakhir yang aku miliki
Kerana yang tinggal kini cuma serpihan
Dan tidak bisa tercantum kembali
Maafkan aku,
Membiarkan cinta kita ternoktah di sini
Semoga engkau bertemu insan lain
Dan mengecapi bahagia selamanya
Maafkan aku…
Maafkan aku…
Nashya – ya TUHAN… izinkan aku mencorak bahagia… setelah puas ku harungi derita… izinkan aku menganyam rindu… selepas cinta dahulu terkulai layu
Posted at 10:20 pm by lineker1976
Permalink
|
|
|